Peluk Islam Sejak 2018, Penyanyi Sinead O’Connor Meninggal Dunia Pada Usia 56 Tahun

Music
27 Jul 2023 • 12:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyanyi terkemuka Ireland, Sinead O’Connor yang popular menerusi lagu Nothing Compares 2 U disahkan meninggal dunia, semalam.

Difahamkan, Sinead atau nama Islamnya, Shuhada Sadaqat telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 56 tahun namun punca kematian tidak didedahkan oleh sebuah kenyataan kepada umum.

image is not available

“Dengan rasa sedih kami mengumumkan pemergian Sinead yang kami sayangi,” kata kenyataan itu.

Sinead telah memeluk Islam sejak tahun 2018 dan pernah merakamkan 10 buah album termasuk I Do Not Want What I Haven’t Got pada 2014.

image is not available

Dalam pada itu, Presiden Ireland, Michael Higgins menyifatkan pemergian Sinead merupakan satu kehilangan yang besar dalam industri hiburan.

Jelasnya, arwah seorang pemuzik, penyanyi dan penulis lagu terbaik dalam beberapa dekad yang lalu.

image is not available