
Kota Kinabalu: Seorang pelukis pelan warga Indonesia pada Khamis didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki MyPR palsu.
Ahmad Djasmail, 41, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas tuduhan memiliki dokumen pemastautin tetap (MyPR) palsu bernombor siri 821107-61-4663 di bawah namanya di kaunter Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini, pada 2.15 petang Jun 6.
Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa Ahmad ditahan di premis berkenaan ketika membuat semakan kad pengenalan di tempat tersebut kerana mempunyai kad MyPR diragui sebagai dokumen pengenalan diri.
Semakan lanjut Jabatan mendapati nombor siri kad MyPR Ahmad tidak wujud dalam sistem JPN, kata mahkamah.
SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more Pihak pendakwaan juga berkata bahawa Ahmad memiliki pasport Indonesia yang sah sebagai dokumen pengenalan diri.
Ahmad didakwa mengikut Peraturan 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sehingga RM20,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Ahmad dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.
Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa JPN Mohd Naser Mohd Nadzeri.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
