Pelumba Drag Dilapor Maut, Kereta Dipandu Hilang Kawalan Ketika Bertanding Di Terengganu

15 Oct 2022 • 5:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pelumba Drag maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan

Seorang pelumba drag, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Apeh Jamal maut dalam perlumbaan drag Battle of The King di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak sebentar tadi, lapor Kosmo.

Kereta yang dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pokok di tepi litar. Mangsa meninggal dunia akibat daripada kecederaan parah yang dialaminya.

Mangsa merupakan peserta dari Perak dalam perlumbaan drag tersebut.

Susulan insiden berkenaan, penganjur perlumbaan itu dilapor mengambil keputusan untuk menangguhkan perlumbaan tersebut sementara ke satu tarikh akan datang.

Video-video kemalangan tersebut turut menjadi tular di media sosial dan menarik perhatian warga maya. Rata-rata mengucapkan takziah dan beberapa pengguna facebook dipercayai yang terlibat dalam komuniti perlumbaan drag menyifatkan pemergian arwah sebagai satu kehilangan besar.