Peluncuran Program KPKM Dunia Agro+ Bersama Shopee Malaysia

Local
17 Apr 2026 • 10:47 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Peluncuran Program KPKM Dunia Agro+ Bersama Shopee Malaysia
Gambar oleh KPKM

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), dengan kerjasama Shopee, hari ini melancarkan program KPKM Dunia Agro+, sebuah inisiatif baharu yang bertujuan membantu usahawan asas tani membina keupayaan perniagaan digital dan meluaskan capaian pasaran mereka melalui e-dagang. Inisiatif ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, di Dewan Serbaguna KPKM.

KPKM Dunia Agro+ bermatlamat untuk memperkasakan 200 usahawan merangkumi kategori makanan, minuman, snek dan produk segar dengan kemahiran digital dan literasi kewangan yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan mereka di samping meluaskan akses ke pasaran digital.

Bagi menyokong inisiatif ini, Shopee sebagai platform e-dagang terkemuka di Malaysia akan memperkasakan usahawan yang mengambil bahagian melalui inisiatif ShopeeRaiLokal, dengan memanfaatkan ekosistem dan kepakarannya untuk membantu peniaga yang baharu dalam perdagangan digital.

Image from: Peluncuran Program KPKM Dunia Agro+ Bersama Shopee Malaysia
Gambar oleh KPKM

"Shopee berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kementerian menerusi program KPKM Dunia Agro+ untuk membantu agropreneur tempatan berkembang melalui e-dagang," kata Nik Emir Nik Din, Ketua Hal Ehwal Luar, Shopee Malaysia.

"Dengan menyediakan latihan berstruktur melalui Shopee University dan bimbingan penggunaan peranti untuk penstriman langsung (livestreaming), kami menyasarkan untuk membantu 200 usahawan membina kemahiran digital yang diperlukan bagi menjangkau lebih ramai pengguna secara terus. Kerjasama ini merupakan langkah penting dalam memodenkan rantaian bekalan dan menyokong pertumbuhan digital sektor pertanian Malaysia."

Program ini menggunakan pendekatan seperti:

  • Latihan dan Pembangunan Kapasiti: Peserta akan menerima bimbingan berstruktur melalui Shopee University, merangkumi bidang utama seperti penstriman langsung, pengoptimuman penyenaraian produk, dan strategi jualan dalam talian.
  • Pendigitalan: Usahawan akan digalakkan untuk menggunakan peranti digital dan meneroka saluran interaktif seperti penstriman langsung, membolehkan mereka menarik minat pelanggan dengan lebih berkesan dan meluaskan capaian mereka.
  • Pakej Sokongan Penjual: Pakej sokongan berstruktur bernilai RM320,000 akan disediakan kepada kohort yang mengambil bahagian bagi membantu para penjual memperkukuhkan kehadiran mereka di Shopee. Melalui sokongan ini, para penjual akan berada di kedudukan yang lebih baik untuk meningkatkan keterlihatan kedai, menarik lebih ramai pembeli, menambah peluang jualan, serta memperdalam penglibatan pelanggan melalui alatan dan ciri digital di platform tersebut.

Dalam ucapannya, YB Datuk Chan Foong Hin menekankan komitmen bersama antara pihak kerajaan dan sektor swasta dalam membantu usahawan melengkapkan diri dengan kemahiran perniagaan digital, yang kini menjadi satu keperluan dalam pembangunan perniagaan moden.

Kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama antara Kerajaan dan sektor swasta untuk memperkukuh kapasiti usahawan berasaskan tani dalam mengemudi persekitaran perniagaan digital yang kian berkembang. Dengan melengkapkan para peserta dengan kemahiran digital, akses pasaran yang lebih luas, serta alatan untuk berinteraksi secara lebih langsung dengan pengguna, program KPKM Dunia Agro+ menyokong usaha membina ekosistem agromakanan yang lebih berdaya tahan, inklusif, dan mampan. Ini selaras dengan Dasar Keselamatan Makanan Negara 2030 (DKMN 2030), yang telah dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, pada 30 Januari 2026.