Peluru Mortar Dijumpai Di Padang Polo

30 Jun 2023 • 9:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Satu objek yang menyerupai peluru mortar telah ditemui oleh seorang lelaki ketika sedang beriadah di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo, di sini hari ini. - Gambar dari media sosial

IPOH - Seorang lelaki menjumpai satu objek yang menyerupai peluru mortar ketika sedang beriadah di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata petugas Bilik Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh menerima panggilan kira-kira 3 petang daripada orang awam yang memaklumkan penemuan objek mencurigakan itu di tepi kolam taman rekreasi berkenaan.

Beliau berkata peluru itu ditemukan dalam keadaan tenggelam kira-kira satu inci dalam kolam berlumpur dan terlihat bahagian belakang peluru.

"Pasukan Unit Pemusnah Bom IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Perak telah ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati peluru mortar tersebut berukuran panjang 300mm (milimeter), lebar 60mm dan tidak mengandungi bahan letupan dan digunakan untuk latihan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata peluru mortar tersebut telah dibawa ke Bahagian Persenjataan IPK Perak untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved