Pemain bola sepak Liga Super ditahan cederakan teman wanita

8 Jun 2023 • 5:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Seorang pemain bola sepak Liga Super ditahan semalam selepas dipercayai menyebabkan kecederaan terhadap teman wanitanya, selepas berselisih faham di dalam sebuah bilik hotel di Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa, yang merupakan wanita tempatan pada 6 pagi semalam.

Beliau berkata akibat perselisihan faham antara mangsa dan suspek itu, telah menyebabkan kecederaan di bahagian badan mangsa selain telefon bimbit mangsa turut mengalami kerosakan.

“Hasil maklumat dan risikan dijalankan, polis telah menahan suspek di sebuah hotel di Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

“Suspek juga telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan, kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan khianat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved