Pemain Bola Sepak Maut Dipercayai Disambar Petir Di Alor Gajah

LocalFootball
6 Jul 2026 • 5:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pemain Bola Sepak Maut Dipercayai Disambar Petir Di Alor Gajah

Pemain Bola Sepak Maut Dipercayai Disambar Petir Di Alor Gajah

ALOR GAJAH, 6 Julai (Bernama) -- Seorang pemain bola sepak maut selepas dipercayai disambar petir ketika beraksi pada perlawanan persahabatan di Padang Kompleks Rakan Muda Lendu di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata dalam kejadian pada 5.40 petang itu, mangsa R. Thanesh, 28, disahkan meninggal dunia manakala pengadil perlawanan cedera dan seorang lagi individu yang turut terlibat terselamat.

Baca juga:

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada 8.50 malam daripada Hospital Alor Gajah yang memaklumkan seorang lelaki dibawa ke hospital berkenaan selepas tidak sedarkan diri dipercayai akibat disambar petir.

“Siasatan awal mendapati mangsa menyertai perlawanan persahabatan itu pada 5.30 petang dan selepas 10 minit perlawanan berlangsung, hujan renyai dan dentuman guruh menyebabkan tiga individu rebah di atas padang.

“Mangsa dibawa ke hospital menggunakan kenderaan awam manakala pengadil perlawanan dihantar ke hospital menggunakan ambulans dan seorang lagi individu tidak mengalami kecederaan serta dilaporkan dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi.

Ahmad berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat hari ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terdahulu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Noor Azman Rahman berkata badan induk bola sepak negara itu akan mendapatkan laporan penuh daripada Persatuan Bolasepak Melaka dan penganjur bagi meneliti kronologi kejadian serta tindakan yang telah diambil, seterusnya mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam aspek pengurusan keselamatan perlawanan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved