
Kota Kinabalu: Datuk Ong Kim Swee mahu pemain-pemain menggandakan usaha mereka apabila Sabah FC bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dalam pertembungan di antara dua pasukan teratas di Stadium Likas malam ini.
Sabah yang tidak tewas dalam enam perlawanan terakhir mereka ketika ini mengumpul 22 mata dan hanya satu mata di belakang JDT yang berada di tangga teratas dengan kelebihan satu perlawanan.

