Pemain Dram Blues Gang, Shaikh Karim Meninggal Dunia

Music
10 Jul 2023 • 5:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemain Dram Blues Gang, Shaikh Karim Meninggal Dunia

Pengasas dan pemain dram kumpulan Blues Gang, Shaikh Karim meninggal dunia pada jam 1.45 petang hari ini.

Berita duka itu dikongsikan oleh kumpulan itu di Facebook rasmi mereka.

“Kami baru mendapat perkhabaran bahawa pengasas Blues Gang, Shaikh Karim baru sahaja meninggal dunia hari ini 10 Julai 2023 pada 1.45 petang,” kata kumpulan itu.

Tambah perkongsian itu lagi, Allahyarham dikatakan telah lama bergelut dengan masalah kesihatan tetapi masih memberi komitmen tinggi setiap kali ada persembahan.

Bagaimanapun, butiran mengenai penyakit itu tidak dinyatakan.

“Salam takziah buat seluruh keluarga Abang Karim. Semoga Allahyarham mendapat keampunanNya dan dikurnia kebaikan seluruh alam. Ameen,” jelasnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat yang memberikan ucapan takziah dan tidak menyangka dengan pemergian pemain dram berbakat itu.

Selain Karim, Blues Gang turut dianggotai oleh Ito (vokalis), Ghani (keyboard) dan Julian Mokhtar (gitar) dan Jim Madasamy (bass).

Terdahulu, Jim dilaporkan meninggal dunia pada tahun 2018 di usia 68 tahun.

Mendiang dipercayai menghembuskan nafas terakhir ketika menunggang basikal di sekitar kawasan rumahnya.

Sementara itu, antara lagu Blues Gang yang menjadi siulan ramai ialah Apo Nak Dikato, Khatulistiwa, Lagu Tiga Kupang dan Bunyi Gitar.

Salam takziah untuk keluarga Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.