Pemain Gitar Rock Legenda, Jeff Beck Meninggal Dunia

12 Jan 2023 • 10:25 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemain Gitar Rock Legenda Jeff Beck Meninggal Dunia Pada Usia 78 Tahun

Jeff Beck, pemain gitar terkenal yang bermain dengan Yardbirds dan mengetuai Kumpulan Jeff Beck telah meninggal dunia pada usia 78 tahun. Kematian Beck telah disahkan di laman Twitter rasminya oleh ahli keluarganya.

“Bagi pihak keluarganya, dengan rasa sedih yang mendalam ingin memaklumkan pemergian Jeff Beck,” kata kenyataan itu.

Pemain gitar yang dianggap antara yang terhebat sepanjang zaman itu meninggal dunia akibat jangkitan bakteria meningitis.

Pemuzik British itu mencipta nama pada era 60-an selepas menggantikan Eric Clapton dalam kumpulan Yardbirds. Setahun kemudian, beliau meninggalkan Yardbirds menubuhkan kumpulan sendiri, The Jeff Beck Group yang turut dianggotai Rod Stewart dan Ron Wood.

Nama Beck turut dimasyhurkan dalam “Rock and Roll Hall of Fame” pada tahun 1992 sebagai anggota Yardbirds dan sekali lagi pada tahun 2009 sebagai artis solo.

Rakan-rakan artis turut berduka dan terkejut dengan pemergian beliau dan berkongsi momen-momen bersama mendiang di laman sosial mereka, antaranya Rod Stewart sendiri.

“Jeff Beck berada di tahap lain. Dia membawa saya dan Ronnie Wood ke Amerika Syarikat pada lewat 60-an bersama kumpulannya Jeff Beck Group dan kami terus mencipta kejayaan sejak itu.

“Dia adalah salah seorang pemain gitar yang hebat dan apabila mendengar petikan gitarnya secara langsung akan membuat saya menyanyi dan memberi respons.

“Jeff, awak adalah yang terhebat, kawan saya. Terima kasih untuk segala-galanya. RIP.”

Kepakaran Beck dalam memetik tali gitar telah memberikannya banyak anugerah, seperti enam anugerah Grammy untuk Persembahan Instrumen Rock Terbaik dan satu trofi untuk kategori Persembahan Instrumen Pop Terbaik.

Sumber: BBC