Pemain keyboard Kembara meninggal dunia

3 Jan 2024 • 5:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Md Shah (kiri) ketika bersama kumpulan Kembara.

PEMAIN keyboard kumpulan Kembara, Md Shah Othman meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru jam 12 tengah hari, pada Rabu.

Berita duka itu disampaikan menantunya, Nazrul Tahir yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi kanser kelenjar yang dihidapinya.

Md Shah, 73, merupakan tulang belakang yang bersama Kembara sejak kumpulan itu merakamkan album pertama.

Pada 1994, Md Shah secara rasmi diperkenalkan sebagai anggota Kembara selepas kumpulan itu tampil dengan lima anggota dan menerbitkan album 1404 Hijrah.

Kali terakhir Allahyarham beraksi bersama Kembara ketika konsert Kembara: Panorama Jingga 1444 Hijrah di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2022.

Selain bersama Kembara, Allahyarham juga merupakan pemain keyboard kumpulan Ilusi yang popular dengan lagu Segalanya Ku Terima.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved