Pemain Piano Cilik Pukau Penonton Di ‘Airport Music Weekend'

Music
10 Dec 2022 • 9:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Peserta cilik, Enya Chang, 6, menunjukkan bakatnya dengan bermain Piano Solo Klasik pada Festival Muzik di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

KULAI - Walaupun baru berusia enam tahun, adik Enya Chang Shan Yann berjaya memukau penonton dengan petikan piano jari-jemari comelnya memainkan karya klasik ‘Study in F’ sempena Airport Music Weekend yang diadakan di Terminal Lapangan Terbang Senai.

Enya yang telah mengikuti pelajaran muzik sejak berusia 18 bulan, baru sahaja memainkan muzik klasik tahun lepas.

Ibunya Vivien Tham berkata sejak itu anak perempuannya juga  telah menunjukkan minat untuk menyertai pertandingan muzik tempatan dan antarabangsa.

“Enya adalah antara 50 Pemuzik Terbaik dalam senarai London Young Musician. Beliau antara peserta termuda dalam pertandingan itu,” katanya kepada pemberita selepas persembahan hari ini. 

Tham berkata anak perempuannya yang meminati pemain piano Lang Lang dari China, menghabiskan masa kira-kira 45 minit setiap hari bermain piano dan turut mengikuti kelas guru piano Karen Lim, dua kali seminggu.

“Dia mahu mempelajari biola pula selepas ini,” kata Tham mengenai minat anak perempuannya.

 Enya antara 100 pemuzik dan artis yang menyertai festival muzik tiga hari itu yang berlangsung di lapangan terbang berkenaan.

Penganjuran kali ketiga festival muzik itu yang bermula hari ini, bertujuan menghiburkan kira-kira 40,000 pengunjung melalui persembahan muzik pelbagai genre serta bazar membabitkan 30 vendor tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan. - Bernama

View Original Article