Pemain Sandakan cemerlang pada Kejohanan Tertutup Remaja Sabah

15 Dec 2022 • 1:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pemain tenis remaja Sandakan cemerlang dalam kejohanan Tertutup Remaja Sabah yang baru berakhir di Gelanggang Tenis Likas di sini pada Selasa.

Mereka memenangi lima gelaran menerusi Stevie Alfie Silvester (perseorangan lelaki Bawah-16), Braylen Odell Johannes (perseorangan lelaki Bawah-14), Bradley Oscar Johannes (perseorangan lelaki Bawah-10), Braylen Odell / Shawn Alfie (beregu lelaki Bawah-14), Scharllotte Avryll / Bryana Scarlett (beregu perempuan Bawah-12).

Selain itu, Stevie Alfie Silvester turut memenangi gelaran beregu lelaki Bawah-16 bersama Jordan Chia dari Kota Kinabalu dan Bradley Oscar dalam beregu lelaki Bawah-10 bersama Uwaiss Elqarny dari Lahad Datu.

Sementara itu pemenang lain ialah Shan Danial (KK- perseorangan lelaki Bawah-18), Sabrena Eniola (KK- perseorangan perempuan Bawah-18), Kong Hui Zhe (Tawau- perseorangan lelaki Bawah-12), Nur Allyda Qalesya Ali (Lahad Datu- perseorangan perempuan Bawah-12), Tatiana (KK- perseorangan perempuan Bawah-10), Shan Danial / Sameul Guansing (KK- beregu lelaki Bawah-19), Sabrena Eniola (KK)/ Chow Yi Ling (Tawau)- (beregu perempuan Bawah-18), Muhd Eizlan Mikhail / Rayyan Miqaeel (Lahad Datu- beregu lelaki Bawah-12).

Seramai 89 pemain dengan 66 dari Kota Kinabalu, 12 dari Sandakan, tujuh dari Tawau dan lima dari Lahad Datu mengambil bahagian kejohanan akhir tahun itu.

Presiden Persatuan Tenis Sabah Johnson Koh, yang hadir menyampaikan hadiah, gembira dengan sambutan positif terutamanya dengan penyertaan beberapa pemain Korea, Nigeria dan Jepun yang tingal di ibu negeri.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.