Pemaju didenda RM50,000 gagal patuhi syarat EIA

LocalEnvironment
23 Oct 2025 • 3:58 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 23 OKT: Sebuah syarikat pemaju hartanah di Klang didenda RM50,000 selepas gagal mematuhi syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi projek pembangunan perindustrian di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Wandi Yadzid Yaakob berkata, hasil siasatan mendapati pemaju berkenaan menjalankan kerja tanah tanpa mengemukakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang diluluskan jabatan itu.

“Tindakan tersebut melanggar Syarat No. 57 dalam Syarat-Syarat Kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bertarikh 16 Julai 2019.

“Kes telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang dan syarikat terbabit dijatuhi hukuman pada 22 Oktober selepas pengurusnya yang bertindak sebagai Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah terhadap pertuduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 34A(7) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

“JAS komited memastikan semua pemaju projek mematuhi undang-undang alam sekitar bagi mengelak risiko pencemaran dan tindakan mahkamah,” tegasnya.

Tambah beliau, ketidakpatuhan terhadap akta tersebut boleh membawa kepada sabitan dan hukuman berat.

“Orang awam digalak menyalurkan aduan berkaitan pencemaran melalui talian bebas tol 1-800-88-2727, e-mel aduan_k@doe.gov.my, atau portal rasmi https://eaduan.doe.gov.my,” katanya.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Sharifah Hascindie Syed Omar menjatuhkan hukuman selepas meneliti hujahan pendakwaan dan rayuan wakil syarikat dengan mengambil kira kepentingan awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved