
Kota Kinabalu: Ketua Bahagian Inanam Parti Gagasan Rakyat Sabah Datuk Dr Roland Chia menggesa pemaju Inanam Capital di Kolombong mempertimbangkan semula keputusannya mengenakan caj bayaran parkir berpagar di kawasan itu.
Dr Roland membuat gesaan itu selepas menerima banyak aduan daripada pemilik kedai, komuniti perniagaan, pekerja dan pelanggan Inanam Capital.
Disebabkan keputusan mengenakan tempat letak kereta berpagar, ramai pemandu memilih untuk meletak kenderaan mereka di luar zon komersial dan mencetuskan gangguan lalu lintas yang teruk di sekitar kawasan itu, katanya.
Dalam banyak keadaan, ramai pemandu terpaksa menunggu lama untuk keluar dari Inanam Capital disebabkan mesin yang tidak berfungsi dengan sempurna dan keadaan itu menyebabkan kereta terpaksa beratur panjang.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Malah seorang pemandu mendakwa mesin di salah satu pintu keluar memaparkan jumlah perlu dibayar sebanyak RM11 walaupun dia berada di sana tidak sampai 1 jam.
Seorang pemandu lain mendakwa terpaksa berundur dan mencari pintu keluar lain ketika hujan lebat kerana “mesin untuk menerima bayaran menggunakan kad debit belum dipasang dan tiada pekerja berada di sana untuk menerima bayaran tunai.”
“Saya mencadangkan pemaju mempertimbangkan untuk mengenakan bayaran nominal, serta membenarkan tempat letak kereta percuma bagi dua jam pertama dan kemudahan tempat letak kereta pas bulanan yang munasabah supaya pengusaha perniagaan, pekerja dan pelanggan dapat meneruskan perniagaan mereka seperti biasa,” kata Roland.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
