Pemanah tradisional Sabah harumkan nama negara

29 Aug 2023 • 2:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pemanah tradisional Ismail Jumat memenangi pingat gangsa untuk kontinjen Malaysia pada Kejohanan Terbuka Memanah Tradisional Eropah (ETO) 2023 yang berlangsung di Eichenzell, Jerman baru-baru ini.

Atlet berusia 59 tahun yang berasal dari Sipitang itu bersaing dalam kategori lelaki veteran, menduduki tempat ketiga dalam acara Reflex Bow Modern (RBM).

Beliau gembira dengan kedudukan podium itu dan berkata ia merupakan pengalaman berharga baginya untuk bersaing dengan pemanah dari negara lain.

“Kejohanan itu berlangsung tiga hari berturut-turut dan ia benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal peserta.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Ia dibahagikan kepada tiga zon dan kami perlu menempuh jarak kira-kira lapan kilometer setiap hari bermula jam 9 pagi dan meninggalkan hutan pada jam 5 petang.

“Terdapat 28 check-point dengan pelbagai jenis sasaran berbentuk haiwan 3D untuk kami panah, sama seperti simulasi memburu sebenar,” kata anak jati Kadayan dari Kampung Pelakat itu.

Beliau juga berharap kejayaan yang diraih dapat memberi inspirasi kepada belia, khususnya daripada etnik Kadayan yang ingin menceburi bidang memanah.

“Saya berterima kasih kepada semua. Alhamdulilah saya berjaya membawa pulang pingat gangsa dari Jerman.

“Saya berharap dengan kejayaan ini, anak muda, khususnya etnik Kadayan mampu mencapai kejayaan dalam mana-mana sukan pada masa akan datang,” tambahnya.

Ismail turut merakamkan penghargaan kepada Persatuan Kadayan Sabah (Paadian) dan pihak lain atas sumbangan kewangan, sokongan dan dorongan.

Ismail disambut Presiden Paadian Datuk Yusof Yacob, Presiden Persatuan Memanah Tradisional Sabah, Mahathir Mohd Kamal dan penyokong sekembalinya beliau baru-baru ini.

Yusof melahirkan rasa bangga kerana mempunyai Ismail sebagai salah seorang ahli persatuan itu yang mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Beliau memuji komitmen dan dedikasi Ismail atas kejayaannya dan berharap lebih ramai anak muda Kadayan akan bermotivasi dan mencontohinya.

Sementara itu, Mahathir berkata beliau berbangga mempunyai seorang lagi atlet Sabah, Rohayati Tarip @ Tariff, juga dari Sipitang dalam pasukan yang menduduki tempat keempat dalam kejohanan sulung itu yang telah menarik lebih 350 pemanah dari seluruh dunia.

Kedua-duanya dipilih pada satu percubaan yang diadakan di Lapangan Segangan, Lahad Datu pada Mei anjuran Persatuan Memanah Tradisional Daerah Tawau, Kelab Sutra Sembulan dan Kelab Memanah Tradisional Madani (MTAC) Kota Marudu dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.

Mahathir turut merakamkan penghargaan kepada Persatuan Memanah Tradisional Malaysia (TAAM) yang menguruskan perjalanan ke Jerman.

Kontinjen Malaysia memenangi keseluruhan lima emas dan satu gangsa dalam pertandingan itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.