Pemancing bantu mangsa bot karam, terkejut sudah 4 hari hanyut di laut

22 Nov 2024 • 11:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
mangsa bot karam

Sekumpulan pemancing bantu mangsa bot karam warga Indonesia yang hanyut apabila bot yang dinaiki mereka karam sehingga masing-masing terpaksa menyelamatkan diri dengan berenang mencari bantuan.

Menerusi video yang dikongsi abiang_fishing, dia menzahirkan rasa syukur kerana dapat membantu empat orang yang berada di tengah laut selepas bot dinaiki mereka karam dilanggar kapal besar.

Kejadian tak disangka-sangka

Ujarnya, dia bersama beberapa lagi kenalan yang sedang mengikuti ‘trip’ memancing terkejut apabila menjumpai mereka di atas laut meminta bantuan.

“Alhamdulillah misi berjaya MENYELEMATKAN orang lemas di tengah lautan,4 berjaya diselamatkan manakala 2 lagi hilang setelah dilanggar oleh kapal besar yang lalu di situ..mangsa telah berada dia laut Selama 4 hari Dan Alhamdulillah kami jumpa ketika sedang memancing…” tulisnya.

@abiang_fishing

Alhamdulillah misi berjaya MENYELEMATKAN orang lemas di tengah lautan,4 berjaya diselamatkan manakala 2 lagi hilang setelah dilanggar oleh kapal besar yang lalu di situ..mangsa telah berada dia laut Selama 4 hari Dan Alhamdulillah kami jumpa ketika sedang memancing..

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) - SoLaTiDo

Pemancing bantu mangsa bot karam, nelayan terapung 4 hari atas laut

Menerusi perbualan singkat sewaktu memberikan bantuan, mereka berasal dari Indonesia dan dua orang daripada kumpulan mereka masih lagi hilang susulan kejadian tersebut.

Dapat dilihat yang abiang_fishing serta rakan-rakannya bertungkus-lumus memberikan bantuan termasuk menghulurkan air minuman serta sedikit makanan untuk mengalas perut.

image is not available

Pemancing bantu mangsa bot karam, segera ke jeti dapatkan pertolongan TLDM

Selepas memastika semua mangsa dibawa naik ke atas bot, mereka kembali bergerak ke jeti untuk mendapatkan bantuan daripada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan menyerahkan mangsa-mangsa yang diselamatkan untuk tindakan lanjut.

Melalui video yang dikongsi oleh chaifishing, mangsa yang terapung menyatakan yang bot mereka telah dilanggar kapar tanker sehingga karam dan sudah empat hari terapung diatas laut menanti bantuan.

Terima kasih buat yang berhati mulia

Perkongsian yang mencemaskan itu telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing sebak melihat keadaan mereka yang sudah empat hari terendam di dalam air bersungguh-sungguh mengucapkan terima kasih kerana dibantu.

image is not available

Allahuakbar! menangis tengok video

image is not available

Terima kasih buat yang menyelamatkan

image is not available

Sampai kecut kaki tangan

image is not available

TLDM sudah keluar kenyataan media

Pihak TLDM juga telah mengeluarkan kenyataan media dan menyatakan bahawa empat nelayan warga Indonesia berada dalam keadaan selamat dan sudah diserahkan kepada ke Stesen Jarak ke Kapal Republik Indonesia (KRI) TORANI bagi dibawa pulang ke tempat asal mereka.

image is not available

Semoga semua mangsa yang terselamat dapat pulang ke pangkuan keluarga dan mereka yang masih hilang berjaya ditemui.

Terima kasih buat orang-orang baik yang membantu serta kecekapan pihak TLDM dalam mengendali kejadian tersebut.