Pemancing hilang selepas dibaham buaya di KB

24 Sep 2023 • 12:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA BELUD: Seorang lelaki hilang selepas dibaham buaya ketika memancing di Jeti Kampung Mantanani di sini, Jumaat lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun, berkata seorang saksi kejadian memberitahu dia melihat Yusri Dulpi, warga tempatan berumur 20 tahun, disambar buaya ketika sedang memancing pada jam 11.20 malam.

BBP Kota Belud menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.26 malam, katanya.

“Pasukan bomba kemudian menggerakkan operasi carilamat di kawasan jeti namun mangsa gagal ditemui, Operasi carilamat ditangguh dan disambung pada hari ini,” katanya pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Menurutnya, operasi carilamat itu yang turut dibantu Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah, dimulakan pada jam 6.58 pagi, Sabtu.

Radius pencarian ialah satu kilometer menyusuri tebing sungai menggunakan bot namun sehingga laporan ini ditulis, mangsa belum ditemuikan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.