Pemancing tarik ekor ikan jerung ke dalam laut

Environment
3 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemancing tarik ekor ikan jerung ke dalam laut

LOS ANGELES: Seorang pemancing menarik ekor seekor ikan jerung sepanjang 2.4 meter dari sebuah pantai ke dalam laut selepas mengeluarkan mata kail pada haiwan itu di Los Angeles, baru-baru ini.

Video yang tular di media sosial memaparkan pemancing yang tidak dikenali itu berdiri di atas pasir ketika orang ramai mula berkumpul untuk menyaksikan kejadian di Sunset Beach. 

Dalam suasana tegang, pemancing itu cuba mengeluarkan mata kail dengan berhati-hati malah pada satu ketika meletakkan tangannya di dalam mulut haiwan itu sebelum akhirnya menolak ikan tersebut semula ke dalam laut.

Menurut laporan saksi, jerung itu berenang melepaskan diri ke Teluk Santa Monica dan tidak kelihatan lagi sekali gus memberi gambaran bahawa haiwan itu selamat.

“Kami menjangkakan musim panas kali ini bakal menyaksikan bilangan jerung yang sangat tinggi,” kata Pengarah Makmal Jerung di California State University, Long Beach, Dr. Chris Lowe. 

Beliau mendedahkan peningkatan kelibat spesies great white muda itu berpunca daripada suhu lautan yang luar biasa panas berikutan fenomena El Nino. 

Laut yang lebih panas mewujudkan habitat pembiakan ideal berhampiran pantai.

Ia  membolehkan anak jerung memburu ikan pari dan mangsa lain dan mengelak daripada pemangsa yang lebih besar.

Ini bukanlah kali pertama pengunjung pantai menyaksikan aksi menyelamatkan jerung secara spontan pada musim panas ini.

Dalam pada itu, kes penampakan jerung terus meningkat di seluruh negeri California. 

Rakaman dron baru-baru ini menunjukkan seekor great white melonjak keluar dari laut berhampiran seorang peluncur di Newport Beach. – AGENSI

 

The post Pemancing tarik ekor ikan jerung ke dalam laut appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved