
Tuaran: Seorang pemandu maut manakala penumpangnya parah selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Tuaran-Kota Belud, Kampung Bunga Tenghilan di sini, Jumaat lalu.
Pemandu lelaki berusia 30 tahun itu tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian membabitkan sebuah lori 10 tan dengan sebuah Ford Ranger pada jam 5.55 petang.
Katanya, lapan anggota bergegas ke lokasi berserta sebuah jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Sebaik tiba di lokasi, pemandu lori didapati tidak mengalami kecederaan manakala pemandu yang tersepit dikeluarkan oleh pasukan bomba.
“Selain itu, seorang penumpang lelaki yang cedera parah dibawa ke Hospital Tuaran menaiki ambulans KKM untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, mayat pemandu 4WD itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Pasukan bomba kemudiannya menjalankan pemeriksaan kenderaan dan sekitar lokasi bagi mencegah bahaya lain.”
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mohd Nor menambah, operasi ditamatkan pada jam 6.31 petang manakala punca kejadian masih dalam siasatan.


