Pemandu Alza Memotong Double Line Dan Langgar Lampu Isyarat Disaman

LocalCars
8 Oct 2022 • 11:15 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Semalam tersebar satu video menunjukkan pemandu Perodua Alza yang dirakam memaki kereta dihadapannya hanya kerana kereta tu tak memecut masa lampu isyarat kuning. Muka bengang betul akak tu..

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian yang dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau, di Jalan Seremban-Tampin itu turut mendapat perhatian pihak polis dan saman telahpun dikeluarkan terhadapnya.

Pemandu lelaki Perodua Alza berusia 24 tahun itu berjaya dikesan pada hari yang sama dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad.

Polis mengesan video tular berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi Jumaat dan menerusi video itu mendapati kenderaan MPV tersebut datang dari arah Seremban menghala ke Tampin.

Sebaik sampai di tempat kejadian, MPV berkenaan telah memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar sebelum bergerak dalam keadaan lampu isyarat masih merah.

Nampak tak betapa pentingnya dashcam sekarang ni? Bukan setakat kemalangan je yang kita boleh tengok, tapi gelagat orang pun sama. Kah!

Kredif: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved