Pemandu cemas pacuan empat roda hanyut dibawa arus sungai di K. Marudu

10 Jan 2025 • 10:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

KOTA MARUDU: Seorang remaja lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya gagal melintasi sebuah jambatan konkrit lalu hanyut dibawa arus kira-kira 15 meter dari jambatan itu di Sungai Simpangan, dekat sini pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, PPgB Mohd Hasbi Hajat berkata, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian pada jam 5.31 petang mendapati mangsa yang dianggarkan berumur lingkungan 20-an itu berada pada bumbung kenderaan tersebut.

AdvertisementKatanya, pasukan bomba lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) bertindak menyeberang sungai untuk menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tali.

" Operasi terkawal sebaik sahaja mangsa berjaya dibawa naik ke tempat selamat pada jam 5.50 petang, dan operasi tamat pada jam 6.08 petang," katanya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Menurut Hasbi, seramai lapan anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Dusin Sagaron bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.20 petang menerusi talian balai.