Pemandu Dan Penumpang Cedera Kemalangan Bas Ekspres Di Ranau

12 Jul 2025 • 12:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemandu Dan Penumpang Cedera Kemalangan Bas Ekspres Di Ranau

KOTA KINABALU, 12 Julai (Bernama) — Pemandu bas ekspres dan seorang penumpang wanita cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ranau-Kundasang, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Rantey Fred berkata kemalangan itu melibatkan sebuah bas ekpres yang dipandu seorang lelaki berusia 64 tahun, dengan sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Seorang warganegara China berumur 30-an berada dalam bas berkenaan yang membawa 22 orang penumpang, tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rantey berkata BBP Ranau menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.16 malam sebelum ke lokasi kejadian sejauh 17 kilometer.

Beliau berkata mangsa yang cedera dan tidak sedarkan diri telah diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, sebelum dibawa ke Hospital Ranau menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved