Pemandu Di Australia Didenda RM2,800 Jika Makan & Minum Semasa Memandu

4 Nov 2022 • 12:40 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemandu-pemandu di Australia dilaporkan akan didenda sekiranya melanggar peraturan jalan raya seperti makan dan minum dalam kenderaan semasa sedang memandu, lapor Daily Mail.

Jabatan Pengangkutan Queensland pada kelmarin mengingatkan orang ramai mengenai undang-undang, jika peraturan itu dilanggar, maka pemandu boleh dikenakan denda sehingga RM2,800.

Difahamkan, jabatan itu menekankan bahawa pemandu boleh didenda sehingga RM2,800 dan dikenakan tiga mata demerit sekiranya tidak mengendalikan kenderaan dengan betul di atas jalan raya, memandu tanpa berhati-hati atau tidak fokus.

“Oleh itu, pastikan anda tidak memandu dengan sebelah tangan atau mengalihkan pandangan dari jalan untuk makan, sebaliknya lebih baik berhenti di tempat yang selamat untuk menikmati makanan itu,” maklum jabatan tersebut dalam kenyataan di Facebook.

Difahamkan, nilai kadar denda dan jenis hukuman yang dikenakan adalah berbeza mengikut lokasi atau wilayah.

Bagi wilayah Australia Barat, kadar denda untuk kesalahan yang sama adalah lebih tinggi iaitu sehingga RM2,800.

Sementara itu bagi New South Wales, pemandu yang ditahan kerana makan dan minum didenda sehingga RM2,200 dan tiga mata merit ditolak.

Manakala bagi wilayah Australia Utara, pemandu akan didenda sehingga RM700 jika cuai semasa memandu, namun tindakan seperti makan dan minum (semasa memandu) masih boleh dipertimbangkan.

Dalam pada itu, bagi wilayah Australia Selatan, pemandu akan didenda sehingga RM953 kerana makan dan minum semasa memandu, selain di Tasmania, pemandu didenda sehingga RM830 dan tiga mata merit ditolak.

Sumber: Daily Mail