Pemandu e-hailing cedera disamun, kereta dilarikan

4 Oct 2022 • 11:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu e-hailing menempuh detik mencemaskan apabila disamun sebelum kenderaan miliknya dilarikan seorang lelaki dalam kejadian berhampiran Kampung Baru di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, mangsa didatangi suspek kira-kira jam 11 malam sebelum berlaku pergelutan.

"Mangsa yang merupakan seorang lelaki berumur 48 tahun turut dicederakan suspek.

"Bagaimanapun, kereta milik mangsa yang dilarikan berjaya ditemui semula di Flat PKNS Kampung Baru tidak lama selepas kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat kesan kemek dan calar pada kereta mangsa.

"Mangsa kini dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

"Usaha mengesan suspek sedang dijalankan," katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved