Pemandu e-hailing dakwa ditumbuk oleh bodyguard orang kenamaan, tarik balik laporan polis

29 May 2024 • 4:41 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pada Selasa, seorang pemandu kenderaan e-hailing membuat laporan polis mendakwa dia telah dipukul oleh seorang pengawal keselamatan di lobi sebuah hotel di ibu negara pada jam 1 petang Selasa, 28 Mei 2024.

Bagaimanapun pada hari yang sama, pemandu tersebut telah tampil menarik balik laporannya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pemandu berkenaan yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) telah membuat laporan polis kedua pada hari yang sama, jam 9.59 malam untuk menarik balik laporan polis pertama, kerana tidak mahu memanjangkan kes.

Menurut Rusdi, apa yang berlaku adalah berpunca daripada salah faham arahan pergerakan yang mengalihkan kenderaan.

Pemandu Grab berkenaan mendakwa dia telah diserang oleh seorang individu yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan.

Mangsa berusia 46 tahun mendakwa dia ditumbuk di bahagian kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya ketika sedan gmenunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields.

Setelah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), mangsa kemudian membuat laporan polis.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Astro Awani