
Kota Kinabalu: Seorang pemandu e-hailing berusia 30 tahun didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang penumpang perempuan berusia 17 tahun.
Mohd Shazaini Hamza mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, Rabu.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu terhadap remaja itu dengan menyentuh bahu, muka, tangan, dan pahanya jam 4 pagi pada 16 Jun di dalam kereta yang diparkir di Kolombong.
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Mahkamah menetapkan 12 Ogos untuk pengurusan kes dan membebaskan Mohd Shazaini dengan ikat jamin RM6,000 serta dua orang penjamin tempatan dan beberapa syarat tambahan dikenakan.
Sebagai syarat tambahan untuk jaminan, Mohd Shazaini dikehendaki melaporkan diri ke balai polis terdekat pada hari pertama setiap bulan sehingga perbicaraan selesai, menyerahkan pasportnya, jika ada, kepada mahkamah sehingga perbicaraan tamat, dan dilarang sama sekali mengganggu mana-mana saksi pendakwaan, terutamanya mangsa.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Atiqa Nazihah Azmi membantah ikat jamin memandangkan pertuduhan adalah satu kesalahan yang tidak boleh diikat jamin dan meminta agar tertuduh direman lanjut di bawah Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bagaimanapun, Atiqa berkata jika mahkamah membenarkan ikat jamin, beliau meminta jumlah ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin tempatan.
Beliau juga menghujahkan bahawa kedua-dua Mohd Shazaini dan remaja itu tidak saling mengenali dan merupakan orang asing.
Atiqa juga memohon arahan yang ketat supaya Mohd Shazaini tidak mengganggu mangsa atau mana-mana saksi pendakwaan.
Sebagai jawapan, peguam Datuk Ram Singh memohon agar jumlah jaminan dikurangkan kepada kurang RM10,000, dengan menyatakan bahawa anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Tambahnya, tertuduh mempunyai alamat tetap dan seorang penduduk tempatan serta ahli keluarga Mohd Shazaini hadir di mahkamah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
