
Kota Kinabalu: Seorang pemandu e-hailing berusia 44 tahun didakwa menghantar kata-kata komunikasi yang jelik di aplikasi TikTok yang menyinggung perasaan orang lain.
Attad Alamin mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Khamis.
Attad didakwa menghantar kata-kata komunikasi jelik di aplikasi TikTok di bawah nama profil Bentanalamin25 dengan niat untuk menyinggung perasaan orang lain di mana hantaran itu dibaca oleh Datu Hishamuddin Datu Hasim di sebuah rumah di Taman Pengakat Besar, Papar.
Attad didakwa menghantar kata-kata komunikasi jelik itu pada 5 Apr tahun ini jam 5 petang.
SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 itu membawa hukuman denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 19 Sept untuk sebutan dan membebaskan Attad dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 serta dua orang penjamin tempatan sementara menunggu kesnya selesai.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah melakukan pendakwaan manakala Attad tidak diwakili.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

