Pemandu e-hailing dilaporkan hilang sejak Khamis, maklum hantar penumpang ke Teluk Intan

17 Jul 2024 • 10:56 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pemandu e-hailing dilaporkan hilang sejak Khamis lalu selepas memaklumkan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan, Perak.

Menurut abang kepada Syahrul Ashraf Dahlan,33, iaitu Saiful Azwan berkata, mangsa yang telah berkahwin dan menetap di Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur gagal dihubungi ahli keluarga termasuk isterinya.

image is not available

Pemandu e-hailing dilaporkan hilang

Saiful Azwan berkata, kali terakhir dihubungi, adiknya memaklumkan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan.

“Kali terakhir saya dapat hubunginya pada Khamis lalu melalui WhatsApp dan dia tidak ada mengadu menghadapi apa-apa masalah.
“Selepas itu pada keesokan harinya, saya tidak dapat menghubunginya lagi sehingga ke hari ini walaupun sebelum itu dia ada maklumkan kemungkinan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan,” katanya.

image is not available

Dah buat laporan polis

Maklumnya lagi, mereka telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Pandan Indah pada Ahad lalu.

Mereka juga berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil menghubungi keluarganya.

“Dia tidak pernah hilang macam ini atau mempunyai masalah keluarga, isteri dan empat anaknya berusia sembilan hingga dua tahun sentiasa menanti kepulangannya.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Syahrul Ashraf diharap dapat membantu menghubungi saya di talian 017-6328457,” katanya,” ujarnya yang menetap di Melaka.

image is not available

Sumber: Kosmo! Online (Diyanatul Atiqah Zakarya) , Facebook Farah Liey

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved