Pemandu e-Hailing Pukul Bekas Isteri Direman Tiga Hari

23 Jun 2026 • 2:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kes pemandu e-hailing yang tular memukul bekas isterinya di Bangi kini masuk fasa siasatan lanjut selepas suspek direman selama tiga hari bermula hari ini.

Insiden yang berlaku di kawasan parkir awam luar Balai Polis Bandar Baru Bangi itu sebelum ini mencetuskan perhatian ramai selepas rakaman video kejadian tersebar di media sosial.

Pemandu e-hailing direman tiga hari

polis

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan perintah reman terhadap suspek dikeluarkan selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi.

Menurut beliau, reman itu bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Reman dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini dan motif kejadian masih dalam siasatan.- Katanya.

Image from: Pemandu e-Hailing Pukul Bekas Isteri Direman Tiga Hari

Sebelum ini, polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.51 petang kelmarin. Pihak polis turut mengesan satu rakaman video yang tular di Threads dipercayai berkaitan insiden pemandu e-hailing memukul bekas isterinya itu.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.Siasatan itu melibatkan kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera serta ugutan yang mendatangkan ketakutan.

Pssttt! Dalam apa juga konflik rumah tangga atau hubungan yang sudah berakhir, jangan sesekali jadikan kekerasan sebagai jalan keluar. Bila emosi mula menguasai diri, undang-undang tetap akan berjalan dan akhirnya diri sendiri juga yang susah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Pemandu e-Hailing Pukul Bekas Isteri Direman Tiga Hari appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved