
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen pada Selasa melanjutkan waran tangkap terhadap seorang pemandu e-hailing berusia 44 tahun yang didakwa memuat naik komen kesat di aplikasi TikTok sehingga menyakitkan perasaan orang lain.
Hakim Amir Shah Amir Hassan menetapkan 24 Julai tahun ini untuk menyemak semula waran tangkap terhadap Attad Alamin yang beberapa kali gagal hadir ke mahkamah.
Mahkamah dimaklumkan bahawa waran tangkap itu masih belum dilaksanakan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Mahkamah turut membenarkan penjamin-penjamin Attad menarik diri daripada menjadi penjaminnya dan wang jaminan dikembalikan kepada mereka.
Amir Shah berkata tidak adil untuk penjamin terus memikul tanggungjawab tersebut memandangkan Attad masih tidak hadir ke mahkamah dan waran tangkap terhadapnya belum dilaksanakan.
Semasa prosiding, penjamin memohon untuk menarik diri dan meminta wang jaminan dipulangkan.
Ketika ditanya oleh mahkamah mengapa wang jaminan tidak boleh disita, mereka menjelaskan bahawa sepanjang prosiding mahkamah, mereka tidak pernah gagal hadir dan sehingga prosiding pada Selasa, Attad masih belum dapat dikesan.
Attad dituduh memuat naik komen kesat di bawah nama profil TikTok “Bentanalamin25” dengan niat untuk menyakitkan perasaan orang lain dan hantaran itu telah dibaca oleh Datu Hishamuddin Datu Hasim di sebuah rumah di Taman Pengakat Besar, Papar.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5 petang, 5 April 2024.
Perbuatan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu memperuntukkan denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pada 15 Ogos 2024, Attad meminta dibicarakan pertuduhan dihadapinya dan dibebaskan dengan jaminan RM3,000 oleh dua penjamin tempatan.
Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis tampil untuk pendakwaan.



