Pemandu F1 Leclerc didenda €10,000 guna 'bahasa kasar' dalam sidang akhbar

WorldFootball
2 Nov 2024 • 6:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Leclerc didenda €10,000 oleh FIA kerana menggunakan 'bahasa kasar' semasa sidang akhbar selepas Grand Prix Mexico pada Ahad - Foto: Agensi

PEMANDU Formula 1 Charles Leclerc didenda €10,000 (AS$10,900) oleh badan pengelola sukan permotoran FIA kerana menggunakan 'bahasa kasar' semasa sidang akhbar selepas Grand Prix Mexico pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Para pegawai perlumbaan berkata, pemandu Ferrari itu dipanggil kerana penggunaan 'bahasa kasar' dalam sidang akhbar selepas perlumbaan yang menyaksikan beliau menduduki tempat ketiga.

"Dasar FIA memastikan, bahasa yang digunakan dalam forum awamnya, seperti sidang akhbar, memenuhi piawaian yang diterima umum untuk semua penonton dan siaran," kata pegawai perlumbaan.

Pengurus perlumbaan berkata, Leclerc menggunakan 'bahasa kasar' ketika menjawab 'soalan yang agak menjerat' bertanyakan 'apa yang kamu katakan kepada diri sendiri berkaitan detik penting menjelang akhir perlumbaan'.

"Sebagai respons, Leclerc menggunakan bahasa kasar sebagai gambaran tepat tentang apa yang difikirkan olehnya ketika itu. Leclerc segera menyedari kesilapannya dan meminta maaf."

Juara dunia tiga kali Max Verstappen pada September dijatuhi hukuman khidmat masyarakat kerana menggunakan kata-kata kasar yang sama.

Leclerc ketika itu bercakap tentang satu insiden di mana dia membrek terlalu lewat di selekoh terakhir perlumbaan dan terpaksa membiarkan Lando Norris daripada pasukan McLaren memintasnya. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved