Pemandu Jengkaut Warga Indonesia Maut Ditimpa Kayu Balak

10 Dec 2023 • 11:33 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemandu Jengkaut Warga Indonesia Maut Ditimpa Kayu Balak

GUA MUSANG, 10 Dis (Bernama) — Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan maut selepas ditimpa batang balak di kawasan matau balak di Kuala Betis, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata Dian Hermawan, 32, yang merupakan pemandu jengkaut dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 10.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati sebatang pokok balak telah jatuh di atas jengkaut semasa Dian Hermawan sedang berehat di dalamnya yang menyebabkannya tersepit dan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah,” katanya.

Semalam, media melaporkan pasangan suami isteri warga emas ditemukan maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala.

Menurut sumber polis, pasangan suami isteri berusia 82 dan 72 tahun itu ditemukan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Sumber berkata berlaku pertengkaran antara pasangan berkenaan dan anak lelaki mereka berusia 42 tahun yang dipercayai penagih dadah pada sekitar jam 7 malam.

“Dalam pergaduhan itu, anak lelaki itu dikatakan mengambil senjata tajam sebelum menikam kedua ibu bapa menyebabkan mereka mengalami kecederaan parah.

“Jiran yang menyedari kejadian segera menghubungi polis untuk bantuan,” katanya ketika dihubungi.

Sumber: BERNAMA