Pemandu Jentolak Temukan Peluru Mortar Lama

21 Jan 2024 • 6:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemandu Jentolak Temukan Peluru Mortar Lama

KOTA BHARU, 21 Jan (Bernama) — Seorang pemandu jentolak menemukan sebutir peluru mortar lama di perkarangan Rumah Seri Kenangan, Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pemandu lelaki berusia 40-an itu menemukan peluru itu ketika menggali lubang untuk menanam kabel di lokasi terbabit kira-kira 12.30 tengah hari.

“Unit Pemusnah Bom polis telah pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan bahawa objek berkenaan merupakan kelengkapan tentera yang belum meletup (UXO) jenis peluru mortar 81mm berukuran panjang 40 sentimeter yang sudah berkarat dan tiada sebarang tandaan.

UXO tersebut telah berjaya dimusnahkan di satu kawasan yang selamat pada 4.17 petang,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata tiada sebarang kemalangan atau sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom itu berjalan.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved