Pemandu, kelindan maut lori terbalik

30 Jul 2023 • 7:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan lori muatan minyak sawit terbalik selepas terlibat kemalangan di Jalan Paloh 3 - Lebir pada Ahad.

GUA MUSANG - Seorang pemandu dan kelindan maut apabila lori dinaiki mereka dipercayai terbabas serta terbalik dalam kejadian di Jalan Paloh 3 - Lebir, di sini pada Ahad.

Kejadian jam 10.30 pagi itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang berusia 35 dan 20 tahun maut di lokasi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, berkata, siasatan awal mendapati lori terbabit yang membawa muatan minyak sawit dalam perjalanan dari Gua Musang ke Klang, Selangor.

"Ketika sampai di lokasi, keadaan jalan berselekoh.

"Lori tersebut kemudian dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan kemudian terbalik ke bahu jalan sebelah kanan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, akibat kemalangan terbabit pemandu dan kelindan lori tersepit.

Ujarnya, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Choon Foo memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Siasatan lanjut masih dijalankan, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi talian 09-9121222 atau 019-4742270," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved