Pemandu kena serangan jantung rempuh kereta lain

16 Jun 2022 • 4:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang mekanik berusia 57 tahun dipercayai mengalami serangan jantung menyebabkan dia hilang kawalan ke atas Toyota Hilux Vigo yang dipandunya dan merempuh sebuah Honda Jazz di lampu isyarat persimpangan Jalan Kolam – Jalan Lintas di Luyang di sini awal Rabu.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Arsad itu dalam perjalanan dari arah Foh Sang ke Bundusan apabila Hilux Vigo yang dipandunya terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar Honda Jazz yang dipandu seorang wanita berusia 32 tahun, dalam perjalanan dari arah Bundusan tetapi menunggu lampu isyarat bertukar hijau untuk ke City Mall.

Wanita itu tidak mengalami kecederaan dalam insiden itu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah, sepasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas dihantar ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu melalui MERS 999 pada 8.16 pagi.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Selepas memastikan tiada lagi bahaya, pasukan penyelamat menamatkan operasi pada 8.37 pagi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.