Pemandu Kereta 4WD Tenggelam Akibat Banjir Di Sibu Disahkan Selamat

1 Feb 2025 • 1:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa sendiri muncul di Balai Bomba memberitahu bahawa dirinya selamat

Pemandu Kereta 4WD Tenggelam Akibat Banjir Di Sibu Disahkan Selamat. Dilaporkan, seorang lelaki berusia 53 tahun yang dikhuatiri lemas selepas kenderaan pacuan empat rodanya (4WD) tenggelam dalam banjir rupanya selamat dan telah muncul keesokan paginya di balai bomba.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie, pasukan penyelamat bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian berkenaan tengah malam tadi. Namun, usaha mencari dan menyelamat (SAR) berjalan tanpa petunjuk jelas tentang keberadaan mangsa.

image is not available
Pemandu Kereta 4WD Tenggelam Akibat Banjir Di Sibu Disahkan Selamat. Sumber gambar: The Borneo Post

Mangsa berjaya menyelamatkan diri

Apa yang mengejutkan, mangsa sendiri muncul di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah pada jam 10.57 pagi tadi dengan tenang memberitahu bahawa dia berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

“Mangsa memaklumkan bahawa dia memandu bersendirian semasa kejadian dan berjaya keluar dari kenderaan dengan selamat,” kata Andy.

Oleh itu, operasi SAR yang telah berjalan sejak tengah malam akhirnya ditamatkan sekitar jam 11 pagi hari ini dengan semua pihak boleh menarik nafas lega.

Lagi berita terkini buat anda di sini: