
Kota Kinabalu: Seorang pemandu kereta sapu berusia 54 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyerang seorang lelaki bulan lepas.
Isah Ujal, pemegang IMM13 mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas tuduhan mencederakan Norarif Zulkifli, 28, pada 8 April, antara jam 3 pagi dan 4.50 pagi berhampiran Taman Putra Mas, Manggatal.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 23 Mei ini untuk pengurusan kes dan memerintahkan tertuduh direman lanjut.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 32 tahun meminta dibicarakan kerana melupuskan telefon bimbit curi.
Seorang pemandu kereta e-hailing Mohd Iskandar Norhisham didakwa melupuskan gajet curi kepunyaan Md Khairi Rizuan pada 13 April tahun ini, jam 3 petang, di sebuah premis di Putatan.
Pertuduhan didakwa di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan.
Mahkamah menetapkan 23 Mei untuk pengurusan kes dan membebaskan tertuduh dengan ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan dua penjamin.
Terdahulu, pihak pendakwaan mencadangkan ikat jamin sebanyak RM3,000 serta dua orang penjamin manakala peguam dilantik Lim Ming Zoong, yang mewakili Iskandar memohon jumlah jaminan lebih rendah kerana dia sudah berkahwin dan mempunyai empat anak dan bekerja sebagai pemandu kereta e-haling.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim tampil untuk pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
