Pemandu Langgar Atlet Kayak Hingga Parah Ditahan Polis

15 May 2024 • 3:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemandu Langgar Atlet Kayak Hingga Parah Ditahan Polis

JOHOR BAHRU — Seorang pemandu lelaki mabuk ditahan polis berhubung kemalangan melibatkan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias pada Sabtu lalu,

Lapor Sinar Harian, atlet yang berusia 22 tahun itu cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL).

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, suspek yang berusia 30-an didapati positif alkohol selepas ujian saringan pernafasan dilakukan.

Bagaimanapun, suspek negatif daripada pengaruh dadah menerusi ujian air kencing yang dilakukan.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod saman trafik yang belum dijelaskan tetapi tidak mempunyai rekod jenayah.

“Kemalangan tersebut berlaku semasa mangsa menunggang motosikal di Lebuhraya EDL menghala ke Kota Tinggi dilanggar kereta Toyota Vios dipandu suspek dari arah belakang pada jam 4.30 petang Sabtu.

“Kereta suspek dari arah belakang itu mengubah haluan secara tiba-tiba dari lorong tengah ke lorong kiri dan melanggar mangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Masyitah difahamkan mengalami retak bahu kanan, tulang pingggul dan luka di bahagian kaki akibat kejadian manakala suspek tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ujar Raub lagi, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Colombia Asia di Iskandar Puteri.

Suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jamin selepas ditahan selama 24 jam untuk siasatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan.

Jika sabit kesalahan pelaku boleh dipenjara sehingga minimum tujuh tahun atau maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM30,000 atau maksimum RM50,000.

Sehubungan itu, beliau memohon saksi yang melihat kejadian tersebut agar tampil ke balai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek 014 6977122.

Sebelum ini, Masyitah parah selepas dilanggar dan diseret sejauh 600 meter apabila motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dalam satu kenyataan.

Insiden membabitkan pelajar jurusan Kejuteraan Mekanikal itu sempat dirakamkan papan pemuka sebuah kereta (Dashcam).

“Menurut saksi berserta rakaman ‘dashcam’, kereta terbabit dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal dan kemudiannya menyeret mangsa sejauh 600 meter,” tulis hantaran berkenaan.

Untuk maklumat, Siti Nurul Masyitah merupakan Atlet Kayat Dragon Boat Malaysia Bronze Medal SEA Games 2023.

Sumber: Sinar Harian