Pemandu Lawan Arus Secara ‘Berjemaah’ Undang Bahaya Pengguna Jalan Raya

30 Jun 2023 • 7:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Jalan sesak masa musim raya ni biasa lah gais… Takkan tak biasa lagi? Untuk pemandu, bawalah bersabar sikit dan elak jadi punca atau membahayakan pengguna jalan raya lain.

Terbaru, tersebar satu video menunjukkan ramai pemandu tanpa rasa bersalah memandu lawan arus disebabkan tak sabar.

Rakaman itu berlaku di satu jalan menuju ke negeri cik siti wan kembang di mana ramai pemandu dilihat bertindak melawan arus selepas terpaksa hadap jalan sesak yang lama.

Bukan hanya kereta, sebuah bas juga dilihat turut melawan arus kerana barisan kenderaan yang terlalu panjang dan lorong pula cuma ada satu sahaja.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna Twitter tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan lelaki berkenaan. Ini kerana tiada apa perlu dikagumkan kerana situasi itu membahayakan nyawa orang lain.

image is not available

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.