Pemandu lori balak rentung akibat kemalangan

8 Jun 2025 • 10:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pemandu lori balak rentung apabila kenderaan dipandunya itu terbakar akibat kemalangan.

SIBU - Seorang pemandu lori balak rentung apabila kenderaan dipandunya itu terbakar akibat kemalangan di jalan balak di kawasan Samarakan, Bintulu hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 1 tengah hari.

Mangsa dikenal pasti sebagai Kanang Inggai berusia 57 tahun.

"Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu yang tiba di lokasi kemalangan mendapati mangsa terperangkap di dalam kenderaan.

"Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa pada 2.49 petang,” menurut kenyataan itu.

Menurut PGO bahagian kepala lori itu terbakar 100 peratus, namun api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pekerja sebuah syarikat berhampiran lokasi kejadian. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved