Pemandu lori diberkas ugut, acu pisau

26 Jul 2022 • 1:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KLANG - Tindakan seorang pemandu lori mengacu pisau terhadap pemandu lori lain di Jalan Parang, Bandar Sultan Suleiman membawa padah selepas diberkas polis, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 12.25 tengah malam di Klang.

Menurutnya, penahanan itu susulan laporan polis dibuat seorang pemandu lori berusia 30-an pada jam 5.15 petang, Isnin mendakwa lori dipandunya telah dipintas dan ditahan suspek yang memandu sebuah lori.

"Suspek dikatakan telah turun dari lori dengan membawa sebilah pisau dan terus mengugut mangsa dengan kata-kata ‘u tak kenal lagi siapa aku, kau tunggu aku cari kau’.

"Siasatan awal mendapati motif kejadian lebih kepada buli jalan raya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan curi motosikal namun ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Katanya, suspek kini direman selama tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Pada Selasa, tular satu video berdurasi 31 saat memaparkan tindakan seorang lelaki mengacukan senjata dipercayai pisau terhadap pemandu lori.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved