Pemandu lori ditemui lemas dalam kolam

21 Sep 2023 • 11:14 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jenazah mangsa ditemui lemas oleh anggota bomba dan penyelamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dalam kejadian pada malam Rabu.

LENGGONG - Seorang pemandu lori ditemui lemas kolam tadahan di Ladang Air Kala, di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.32 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa berusia 32 tahun itu disyaki lemas selepas topi dan seliparnya ditemui di dalam kolam tadahan tersebut manakala lori masih berada di kawasan parkir tempat kejadian.

“Pencarian dijalankan segera dipermukaan dan selaman oleh pasukan penyelam di air.

"Mangsa kemudiannya ditemui kira-kira 50 meter daripada lokasi dia dipercayai terjatuh," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sabarodzi berkata, setelah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan, jenazah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, operasi pencarian mangsa tamat pada jam 11.40 malam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved