Pemandu Lori Diterkam Harimau Ketika Berhenti Buang Air Kecil Tepi Jalan Pada Hari Raya Keempat

LocalEnvironment
4 Apr 2025 • 1:21 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Diserang harimau bukit tangga

Seorang pemandu lori berusia 50-an cedera parah di muka selepas diterkam seekor harimau kumbang dalam kejadian di Bukit Tangga, Negeri Sembilan semalam.

Menurut laporan Kosmo, mangsa yang sedang dalam perjalanan telah berhenti di tepi jalan untuk membuang air kecil sebelum diserang haiwan liar itu secara tiba-tiba.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar pukul 3.30 petang, dan rakaman dashcam daripada sebuah kenderaan yang berada di lokasi telah tular di media sosial.

Video tular papar saat cemas serangan

@_beasttobe

Harimau kumbang terkam driver lori di bukit tangga. Semoga tiada kecederaan yang serious kepada pakcik tersebut. Aamiin #bukit tangga #harimaukumbang#terkamdriverlori #blackpanther

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Video berdurasi 16 saat yang dimuat naik di media sosial menunjukkan sebuah lori berhenti di tepi jalan sebelum seekor haiwan hitam meluru menyerang lelaki itu.

Namun, haiwan dipercayai harimau kumbang itu kemudiannya melarikan diri ke seberang jalan setelah menyedari kehadiran kenderaan lain.

Sejurus selepas serangan, kelihatan pemandu lori tersebut rebah di tepi jalan, dengan beberapa gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan mangsa mengalami kecederaan di muka dan berlumuran darah.

Jabatan Perhilitan keluarkan amaran

image is not available

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri, mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk tidak berhenti di tepi jalan sesuka hati, terutama di kawasan yang berpotensi menjadi habitat haiwan liar

Saya nasihatkan buat masa sekarang kenderaan tidak berhenti di tepi jalan bagi elak kejadian tidak diingini.

#ApaKataOhmedia

Jika anda memandu melalui kawasan berhutan atau terpencil, elakkan berhenti di tepi jalan tanpa sebab yang mendesak. Haiwan liar boleh muncul secara tiba-tiba, dan insiden seperti ini membuktikan betapa pentingnya untuk sentiasa berwaspada dengan persekitaran.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo | Tiktok


The post

appeared first on

.