Pemandu lori lawan arus direman empat hari

4 Jan 2023 • 3:13 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Pemandu lori yang dipercayai memandu melawan arus dan berada di bawah pengaruh alkohol di Kilometer 5.5 Lebuh Raya Linkedua, petang semalam, direman selama empat hari mulai hari ini hingga Sabtu.

Perintah reman terhadap lelaki berumur 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin dilaporkan berkata lelaki berkenaan ditahan petang semalam selepas menerima laporan mengenai sebuah lori yang dipandu melawan arus di Linkedua, Iskandar Puteri, sehingga menyebabkan kemalangan ke atas dua kereta yang datang dari arah bertentangan.

Menurut siasatan awal, kejadian pada 4.30 petang itu dipercayai berlaku apabila pemandu lori berkenaan dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas tetapi telah terlepas susur ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Beliau berkata pemandu lori berkenaan kemudiannya memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur Pelabuhan Tanjung Pelepas dan bertembung dengan dua kereta jenis Mercedes Benz dan Nissan Almera, yang berada di laluan itu sehingga menyebabkan seorang daripada pemandu kereta berkenaan cedera.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved