Pemandu lori maut ketika pulang dari kerja

20 Jun 2025 • 4:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat (sumber:polis)

TAMPIN – Seorang pemandu lori Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Gemas maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan di Jalan Londah menuju ke Palong, Jempol, di sini, pada Jumaat.

Kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu berlaku ketika mangsa, lelaki berusia 46 tahun, dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Suzuki RG dari Gemas menghala ke Palong.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari tempat kerja dan apabila sampai di jalan berselekoh, dipercayai telah hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan.

“Akibat kemalangan, mangsa cedera parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan tersebut diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Aqwa di talian 013-9515011 bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved