Pemandu lori pasir tersepit rempuh plaza tol

14 Dec 2023 • 5:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba mangsa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian di Plaza Tol Senai Utara di Kilometer 19.2 Lebuh Raya Utara-Selatan pada Khamis. - Foto Ihsan Bomba

image is not available
Keadaan lori pasir dalam kejadian rempuhan di Plaza Tol Senai Utara di Kilometer 19.2 Lebuh Raya Utara-Selatan pada Khamis. - Foto Ihsan Bomba

KULAI - Seorang pemandu cedera selepas lori pasir dipandunya merempuh Plaza Tol Senai Utara di Kilometer 19.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini pada Khamis.

Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa, Amirrul Faiz Hassan yang berusia 29 tahun tersepit di tempat duduk pemandu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Abd Malik Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.10 pagi.

Susulan itu katanya, dua jentera fire rescue tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan 15 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan membabitkan sebuah lori pasir yang merempuh pondok plaza tol. Pemandunya akibat tersepit dan pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas 'power unit' dan 'combination tools'," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pegawai perubatan dan operasi tamat jam 11.40 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved