Pemandu lori sampah maut

14 Jan 2024 • 2:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KINABATANGAN: Seorang pemandu lori sampah Majlis Daerah Kinabatangan maut apabila lori yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa Jaya pada pagi Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 pada jam 11 pagi.

Mohamad Izuan Mambasang, 39, tersepit di dalam kenderaannya dan perlu dikeluarkan oleh pihak bomba.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Manakala dua mangsa lagi iaitu kelindan lori dilaporkan mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada jam 12.40 tengah hari selepas memastikan tiada bahaya lain.

Di BELURAN, dua lelaki berusia 41 dan 44 tahun cedera ringan selepas Proton Saga BLM yang mereka naiki terbabas sendiri dan termasuk longkang di hadapan Jabatan Air Beluran, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 10.32 pagi menerusi talian balai.

Tambahnya, beliau mengetuai pasukan empat anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi sejauh 2km dari balai. Mereka dibantu tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela.

Edoen berkata, dua mangsa itu dikeluarkan oleh pasukannya dan dihantar ke hospital dengan ambulans untuk rawatan lanjut.

Operasi tamat pada jam 10.47 pagi.

Di KUNAK, seorang lelaki menghadapi detik cemas apabila Perodua Myvi yang dipandunya bergesel dengan sebuah lori di Jalan Teratai - di Pekan Kunak, petang Jumaat.

Pemandu Myvi itu dipercayai mengekori lori tersebut dengan rapat ketika kedua-dua kenderaan hendak membelok ke kiri.

Pemandu lori itu tidak dapat melihat kenderaan kecil itu melalui cermin sisinya, menyebabkan Myvi berkenaan tersepit apabila lori membelok ke kiri.

Kemalangan itu menyebabkan Myvi rosak teruk di bahagian sisi pemandu.

Anggota Rela yang kebetulan berada di lokasi mengawal sementara pergerakan lalu lintas sebelum pihak polis tiba.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.