Pemandu mabuk ditahan selepas langgar MPV polis di Lebuh AMJ

9 Jul 2026 • 4:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pemandu mabuk ditahan selepas langgar MPV polis di Lebuh AMJ

MELAKA, 9 JULAI: Seorang pemandu dipercayai di bawah pengaruh alkohol ditahan selepas melanggar Unit Kereta Peronda (MPV) polis yang sedang berhenti di bahu jalan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (Lebuh AMJ) di Semabok di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka Supt Muhammad Zaki Ramat berkata dalam kejadian pada 6.45 pagi itu, anggota MPV terlibat sedang melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan lain dalam tugasan rondaan di kawasan pentadbiran Balai Polis Kandang dan Balai Polis Tiang Dua.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian, MPV polis telah berhenti di bahu jalan dengan lampu ‘beacon’ serta lampu kecemasan dipasang bagi menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan sebelum sebuah kereta dipandu lelaki berusia 28 tahun yang datang dari arah belakang melanggar bahagian sisi kanan belakang MPV tersebut.

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut dan kemalangan hanya melibatkan kerosakan pada kedua-dua kenderaan terbabit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Muhammad Zaki berkata ujian saringan pernafasan ke atas pemandu terbabit mendapati bacaan anggaran kandungan alkohol dalam darah melebihi had ditetapkan manakala saringan air kencing negatif dadah.

Beliau berkata suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved