
SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 30 tahun dipenjara dua hari dan denda RM10,000 atau penjara lima bulan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
Majistret Nur Faezah Jafry menjatuhkan hukuman itu terhadap Yusup Muksan selepas dia mengaku terhadap pertuduhan dikenakan ke atasnya.
Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu Yusup digantung selama dua tahun. Yusup didapati memandu dalam keadaan mabuk pukul 2.15 pagi pada 18 Jan tahun ini di sepanjang Jalan Nasalim, di sini.
Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM30,000, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Semasa mitigasi, Yusup yang tidak diwakili, merayu hukuman ringan.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Rodi Anak Wong menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada Yusup dan kesedaran kepada mereka yang memandu dalam keadaan mabuk.
Tambahnya, hukuman berat perlu dikenakan bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku kerana pemandu berada di bawah pengaruh alkohol.
Mahkamah diberitahu Yusup ditahan ketika polis di jalan tersebut sedang mengalihkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
